Make your own free website on Tripod.com



lamanwebcacc3.jpg

web6.jpg

EKSPIDISI GUNUNG ANGSI - PROSTAR

KUALA PILAH: 2 hingga 4 Disember 2005 - Seramai 170 orang peserta daripada Politeknik Merlimau Melaka dan Pelajar-pelajar sekolah dari sekitar Gombak, selangor telah menyertai Ekspedisi Gunung Angsi - Program Remaja Sihat Tanpa AIDS dan Rokok (PROSTAR) sempena Hari AIDS Sedunia.

Program ini adalah anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dengan kerjasama CAC CONSULTANT. Program ini adalah program perkhemahan 3 hari 2 malam di Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan pada hari terakhir aktiviti mendaki Gunung Angsi sejauh 30 kilometer.

Pelbagai pengisian telah dijalankan di dalam program ini bagi memastikan matlamat dan objektif program ini tercapai. Antara pengisian yang di adakan ialah Ceramah "Tak Nak Merokok" dan "Hidup Sihat Tanpa AIDS", Latihan Dalam Kumpulan, Team Building, "Survival", Malam Kebudayaan, Riadah, dan lain-lain lagi.

Alhamdullillah kerana program ini berlangsung dengan lancarnya, walaupun ada sedikit kesilapan teknikal semasa berlangsung. Terima kasih kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama kepada pihak penganjur dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan fasilitator-fasilitator kerana telah menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan program ini.

Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan apa yang telah diberikan semasa program ini berlangsung. Diharpkan juga, program ini dapat dilanksanakan di lain-lain masa.

Dapatkan pelbagai berita aktiviti yang dijalankan oleh CAC Consultant. Berita yang akan disiarkan selepas selesai program CAC Consultant dijalankan.
 
Unit Berita CAC Consultant 
Sertailah program-program yang dianjurkan oleh CAC Consultant untuk merubah diri dan untuk menuju kearah perubahan sikap melalui pendekatan BOOSTER.

13_daki_gunung_n.jpg

9_ldk3_d.jpg

Laman UTAMA | Info KORPORAT | Peneraju UTAMA | Modul BOOSTER | Program TERKINI | MOTIVASI | TAZKIRAH | BERITA | GALERI | KLIEN & PROGRAM | TESTIMONI | Hubungi KAMI

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi CAC Consultant
 
Hakcipta Terpelihara. CAC CONSULTANT.
No 18 Taman Pinggir, 86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor Darul Takzim.
Tel/Fax : 07-7554817 /  012-7629950 / 012-3989494  Email : cacconsultant@yahoo.com