lamanwebcacc3.jpg

web7.jpg

KHASIAT PELUK ISTERI
 
PETALING JAYA 16 Julai - Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

ANTARA IQ, EQ, SQ DAN ESQ

Mengikut kajian yang saya sendiri buat, masyarakat Malaysia umumnya telah menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Mengapa saya berkata demikian? Sedangkan kita tahu ramai rakyat Malaysia telah mengecapi kekayaan dan kesenangan. "Mengapa mereka perlu merasa kosong, sedangkan mereka boleh dapatkan apa saja?" Ini adalah persoalan-persoalan yang mungkin akan terkeluar dari mulut anda semua.

Sebenarnya makin kaya seseorang itu, makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang, hubungan suami isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t semakin jauh. Itulah yang dirasai oleh kebanyakkan daripada kita sekarang ini. Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku disekeliling kita, dan kita tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan (Kiamat). Dan kita sedar yang kita perlu bertaubat, tetapi berapa ramaikah diantara kita yang melalukannya (Taubat). Ini saya peringatkan diri saya juga.

Tidak mustahillah ramai diantara kita boleh merasakan diri mereka sekarang ini kosong dan tidak bermakna. Oleh kerana demikian, motivasi diri dan motivasi sahsiah diri diperlukan oleh semua orang. Sebab itu banyak syarikat-syarikat kecil mahupun besar berlumba-lumba untuk menghantar para pekerjanya ke kursus-kursus motivasi, bina insan, bina pasukan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan hati para pekerja mereka.

Lebih daripada 10 tahun dahulu kita telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di 0sekitarnya. Oleh sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah diperlengkapi dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.

Sebagai pelengkap hidup ini, satu lagi elemen telah ditambah untuk memastikan hidup kita tidak lagi kosong. Rupanya selama ini, kita hanya mengejar duniawi tanpa menyedari bahawa pentingnya kita mengejar akhirat. Kita telah disogokkan dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi), tetapi itu semua bertunjalkan duniawi. Walhal kita tahu akan wujudnya alam akhirat. Oleh itu, sebagai pelengkap dan pengimbang antara dunia dan akhirat kita telah diperkenalkan dengan SQ (Kecerdasan Spritual). SQ ialah satu elemen yang membawa kita dekat dengan pencipta kita dan seterusnya memberi kita jaminan untuk kita bahagia di akhirat. SQ telah dianggap elemen yang menyelamatkan dan mengisi kekosongan yang selama ini dikecapi oleh masyarakat kita hari ini.

Hari ini IQ, EQ dan SQ telah bergabung dan menjadi ESQ. Iaitu gabungan yang terbaik buat masa ini akan boleh melahirkan mukmin yang sejati. Sebenarnya tanpa disedari perkara ini telah dijumpai oleh pemikir-pemikir barat dan mereka telah memperkenalkan perkara ini sudah lama, tetapi kita umat Islam sahaja yang masih mencari-cari perkara ini. Walaupun dalam Al-Quran  dan Hadis telah dinyatakan, tetapi kita seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya.       

OLEH : EN. MOHD AZIMIN CHE WIL

40 Kesilapan Mendidik Anak

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

10 Perkara Dalam Perkahwinan

10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan:

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa
keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

BOOSTER PEMIMPIN - Siri 1

PERSOALAN ASAS SEORANG MANUSIA

SIAPA SAYA?

“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan pada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang telah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhlah berbagai-bagai tumbuhan yang indah.

 

Al – Haj : 5

 

KENAPA SAYA DIJADIKAN?

 

Tunduk kepada kuasa Allah serta beriman dan bertakwa kepadaNya.

   

“Dan (ingatlah aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk  mereka menyembah dan beribadat kepadaku”

                                                                         (Adz – Dzaariyaat : 5)

 

Sebagai PEMIMPIN kepada orang lain.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi’.”

                                                                          (Al – Baqarah : 30)

BOOSTER BELAJAR - Siri 1

 

PENGENALAN

Apakah matlamat ke universiti?
Bagaimana mendapat keputusan yang baik?
Mengapa anda pelajar yang belajar sedikit tetapi berjaya?
Bagaimana hendak mendapat pekerjaan?


SMART
Simple, Mesurable,Attainble, Realistic, Tentative

PERSEDIAAN DIRI UNTUK BELAJAR
Wujudkan minat untuk belajar.Mulakan dengan yang mudah.Pastikan persediaan fizikal dan mental yang baik. Displinkan diri untuk terus belajar. Tentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Sediakan jadual yang sesuai dan praktikal. Pilih tempat yang sesuai. Pilih masa yang sesuai untuk belajar.

MERANCANG MASA DEPAN
Senaraikan perkara yang akan dilakukan. Laksanakan mengikut keutamaan. Gunakanmasa terluang di bilik bacaan. Kerja yang remeh temeh pada pusingan produktiviti yang rendah. Meminimakan gangguan sampingan.

PANDUAN MENGUATKAN DAYA KONSENTRASI
SQR/ PQRST

CIRI-CIRI PELAJAR YANG TERKANDAS
Tiada jadual belajar. Mengulangkaji pada saat akhir. Anggap television dan lagu membantu mudahkan pelajaran dan belajar semata-mata untuk peperiksaan.

MUTIARA HATI
Mereka yang berjaya mempunyai teknik belajar yang mudah dan sentiasa melakukan perkara tersebut.
rutin belajar, belajar tahap maksimum, mempunyai nota lengkap, mempunyai matlamat belajar, belajar untuk menimba ilmu

BOOSTER DIRI - Siri 1

 

23 LANGKAH MENUJU KEJAYAAN

 

Setiap orang sudah pasti menginginkan kejayaan dalam kehidupan mereka. Justeru itu, kita mesti memanfaatkan potensi kejayaan yang ada dan menigkatkannya dari masa ke masa.  BOOSTER DIRI menunjukkan kepada anda 23 langkah menuju kejayaan.

(1) Menuju kesihatan yang baik
(2) Menggunakan kata-kata baru
(3) Daya kosentrasi yang meningkat
(4) Memiliki daya ingatan yang jauh lebih besar
(5) Emosi-emosi positif yang baru

(6) Suara dan gaya biacara yang menarik
(7) Menjadi lebih bijaksana di kemudian hari
(8) Perlakukan atasan anda dengan lebih baik
(9) Menuju cita-cita yang lebih baik
(10)Kedewasaan sebagai tujuan hidup
(11)Kehidupan pernikahan yang lebih bahagia
(12)Menimba lebih banyak hal dari suatu konteks bacaan
(13)Selesaikan masalah-masalah yang ada
(14)Meningkatkan kebahagiaan
(15)Cakerawala mental yang lebih besar
(16)Mulai berfikir dengan jelas
(17)Penuh dengan khayal
(18)Kegiatan demi kegiatan
(19)Menempuh perjalanan tambahan
(20)Menjadi orang tua yang baik
(21)Ketenteraman
(22)Perkaya hidup anda sekarang
(23)Komunikasi yang lebih baik

BOOSTER DIRI - Siri 2

 

KEJAYAAN DIRI

 

Terdapat 5 faktor penting dalam menentukan pembangunan dan kejayaan diri seseorang pelajar

1. FAKTOR FIZIKAL

Ø Kesihatan badan
Ø Penglihatan dan pendengaran
Ø Pancaindera yang lain

2. FAKTOR MENTAL

Ø Memori dalam konteks pembelajaran
Ø Makanan yang diambil
Ø Bahan-bahan bacaan

3. FAKTOR SPIRITUAL

Ø Kesedaran dalam pembangunan diri
Ø Kesedaran tentang matlamat & jangkaan
Ø Mempunyai prinsip diri kata-kata motivasi
Ø Idola diri

4. FAKTOR EMOSI

Ø Anasir yang menjejaskan emosi (cinta cyber, chating dsb)
Ø Kesunyian dan kerinduan

5. FAKTOR KEMAHIRAN

Ø Kemahiran Konseptual

    - secara analitikal (analisis dan sintesis) heli view
    - kepekaan dalam pengetahuan dan informasi

Ø Kemahiran Teknikal

    - Stragegi merancang akademik yang Berkesan
    - Teknologi maklumat
    - Teknik belajar yang berkesan

Ø Kemahiran Sosial

    - Hubungan inter-intra personal
    - Keupayaan berbahasa Inggeris
    - Kemahiran pengucapan awam

BOOSTER DIRI - Siri 3

 

TIPS TEMUDUGA

 

1. Berpakaian kemas, rambut rapi dan kalau boleh cukur misai atau janggut.


2. Duduk dengan tegap dan segak, jangan ke depan sangat atau letak tangan atas meja, jangan kebelakang sangat atau letak tangan di atas tempat letak tangan kiri kanan (macam bos pula). Tangan di atas peha.


3. Jawab setiap soalan dengan tenang, fikir dulu apa yang perlu di katakan, biarlah jawapan itu sentiasa positif. Jika ada jawapan yang anda tidak tahu, jawablah dengan jujur. Katakan "Maaf, saya tidak mempunyai maklumat tentang itu (subjek tersebut)."


4. Jangan usik mana-mana bahagian muka (hidung, kening, dahi, pipi, dagu), kepala atau nak betul-betulkan baju, lengan, seluar dan sebagainya. Itu tandanya tidak konfiden.


5. Senyum tapi jangan ketawa walaupun orang yg menemuduga itu gelak. Cukuplah senyum sahaja.


6. Tumpukan perhatian kepada setiap soalan, mata jangan melilau tempat lain. Jangan pandang atas atau bawah bila ditanya atau bila menjawab. Pandang TEPAT pada mata orang itu.


7. Bawa semua dokumen sokongan, letakkan elok-elok di dalam fail. Bawa dua salinan, satu untuk anda dan satu untuk penemuduga.


8. Bila tiba pasal gaji, orang akan tanya berapa gaji yang anda mahu? Jawab dengan jujur, kalau kita rasa ilmu dan kelulusan serta pengalaman kita menepati jawatan itu, sebut sahaja jumlah yang diingin, mungkin dia akan setuju.


9. Jangan lambat ke tempat interview, kalau boleh buat peninjauan awal berkaitan jalan dan tempat letak kereta pada malam sebelumnya.


10. Pastikan dan ingat nama orang yang menemuduga, panggil dengan gelaran yang betul (Tuan/Puan/Cik/Encik).


11. Jangan merokok sebelum masuk bilik temuduga, baunya memang sampai pada orang itu.


12. Sebelum selesai sesi interview, orang itu akan tanya: "Ada apa soalan yang nak ditanya mengenai jawatan/syarikat kami?". Gunakan peluang ini, jangan jawab "Tak ada apa-apa". Tanya soalan berkaitan seperti: Adakah bonus diberi kepada kakitangan? Ada tak peluang untuk naik pangkat lebih tinggi lagi dalam syarikat? Syarikat ada tak menganjurkan Family Day/Sports Day atau apa-apa acara yang berkenaan? Ada tak peluang untuk syarikat menghantar saya ke seminar/latihan/program induksi dan lain-lain? Ini semua menunjukkan minat kita untuk bekerja dengan syarikat tersebut.

BOOSTER DIRI - Siri 4

 

NASIHAT LULUSAN SPM GRED 3 KEPADA GRADUAN

 

SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita.

Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit pengalaman diri abang.

Abang kini berusia 41 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gred 3 tahun 1980. Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali anak-anak yang ramai.

Pada waktu itu SPM gred 3 `laku' juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.

Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang.

Oleh kerana abang anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling kampung dan di tempat kenduri kahwin.

Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang berniaga pakaian di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru. Kini abang berjaya menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain.

Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas 12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.

Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x 30 hari = RM18,000 sebulan.

Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai pendapatan RM10,000 RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan.

Jika dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan.

Adik-adik, banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.

Begitulah adik-beradik abang yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri. Purata pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.

Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan isteri kami juga tidak bekerja.

Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak ramai anak-anak Melayu tahu. Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.

Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan pendapatan RM60,000 RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.

Ciptalah kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan, ternakan, pertanian, pelancongan dan lain-lain.

Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan hendaklah secara tunai.

Jangan fikirkan soal kelulusan. Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga.

 

ABANG BERJAYA, Teluk Intan, Perak.

Laman UTAMA | Info KORPORAT | Peneraju UTAMA | Modul BOOSTER | Program TERKINI | MOTIVASI | TAZKIRAH | BERITA | GALERI | KLIEN & PROGRAM | TESTIMONI | Hubungi KAMI

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi CAC Consultant
 
© Hakcipta Terpelihara. CAC CONSULTANT.
No 18 Taman Pinggir, 86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor Darul Takzim.
Tel/Fax : 07-7554817 /  012-7629950 / 012-3989494  Email : cacconsultant@yahoo.com