Make your own free website on Tripod.com



lamanwebcacc3.jpg

web9.jpg

SMART PARTNERSHIP

SMART PARTNERSHIP CAC CONSULTANT adalah satu program yang dilaksanakan bersama oleh sesuatu pihak dengan pihak CAC Consultant yang mana kedua-dua pihak akan mendapat manfaat dan faedah bersama. SMART PARTNERSHIP adalah ilham daripada CAC Consultant untuk menjalankan program-program yang dirancang serta menjayakan objektif sesuatu badan atau pihak yang menjadi Sahabat CAC Consultant. Melalui SMART PARTNERSHIP ini, banyak program yang telah dirancang dan dijayakan. Antara pihak yang terlibat dalam program SMART PARTNERSHIP CAC Consultant adalah seperti berikut:-

KOLEJ KOMUNITI JASIN

Pihak CAC Consultant telah bekerjasama dengan Kolej Komuniti Jasin untuk menjalankan motivasi dan latihan untuk sekolah-sekolah di sekitar Melaka & Johor. Program ini adalah salah satu usaha pihak Kolej Komuniti untuk membantu pihak sekolah untuk mengurangkan kos perkhidmatan konsultan. Hasil perbincangan dengan pihak Kolej Komuniti Jasin, pihak kami telah mendapat formula yang terbaik untuk mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah. Skim ini terbuka kepada semua sekolah yang berminat.

INSTITUT PELANCONGAN DIAN & DIAN TRAINING CENTRE

Institut Pelancongan Dian & Dian Training Centre merupakan salah satu kolej swasta yang menawarkan bidang pengajian di dalam jurusan Pelancongan, Penerbangan & Jahitan. IPD telah ditubuhkan di awal 80an dan menjadi salah satu kolej swasta yang ternama di Kuala Lumpur. IPD telah mendapatkan khidmat nasihat dari CAC Consultant dalam kerja-kerja memperluaskan pasaran. CAC Consultant telah merangka pelbagai perancangan promosi dan telah memberikan khidmat nasihat di dalam membentuk imej koprat yang diingini oleh IPD sendiri. Selain itu juga, IPD telah menjadi penaja utama dalam siri "Road Tour Booster CAC Consultant" ke seluruh negara yang dijangka akan bermula pada tahun 2006 nanti.

Selain daripada khidmat nasihat, CAC Consultant merupakan perunding multimedia bagi IPD. Melalui rombakan dan perubahan baru kepada IPD, CAC Consultant menjangkakan IPD akan mendapat sambutan dua kali ganda daripada sekarang. Ini adalah janji CAC Consultant.

ALUMNI KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA, KUiTTHO

Alumni Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, KUiTTHO merupakan salah satu ilham dari CAC Consultant. Alumni ini merupakan salah satu platform terbaik bagi CAC Consultant untuk mewujudkan dan mencari pelapis bagi CAC Consultant di masa hadapan. Melalui perancangan dan perlaksanaan program berbentuk latihan yang bersepadu, CAC Consultant mengsasarkan pihak Alumni KKDK akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Alumni-alumni yang lain yang ada di Malaysia.

Selain itu juga, pembentukan imej yang dirancang oleh CAC Consultant ini adalah salah satu cara untuk memastikan Kelab Kaunseling dan Kerjaya KUiTTHO akan terus gah di KUiTTHO dan seterusnya akan melaksanakan kesinambungan segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak alumni.

PROGRAM TAUTAN WARISAN 2005

Tautan Warisan 2005 adalah salah satu program MEGA di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang mana program ini berbentuk program Bakti Siswa. Program ini telah dijalankan di Kg. Sega, Rantau, Negeri Sembilan yang mana melibatkan 100 orang mahasiswa KUiTTHO dan 50 buah keluarga. Yang lebih membanggakan bagi program ini ialah YAB DATO' SERI UTAMA HJ MOHAMMAD B. HASSAN, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menjadi Penaung dan sekaligus menjadi Perasmi bagi dua subprogram bagi TW05 iaitu Majlis Perasmian Tautan Warisan 2005 dan Majlis Pelancaran Laman Web bagi Kg. Sega. Selain itu juga, penglibatan seluruh Jabatan-jabatan kerajaan Seremban di dalam program ini juga adalah amat membanggakan.

CAC Consultant merupakan Perunding Utama merangkap salah satu penaja bagi program  ini. Dalam usaha memastikan program ini berjaya dan berjalan mengikut perancangan, khidmat CAC Consultant telah digunakan  yang merangkumi khidmat nasihat perjalanan program, perancangan program, pengendalian program, perunding motivasi, pereka Laman Web, Multimedia dan Grafik.

CAC Consultant juga telah diberi amanah untuk menjadi peneraju utama bagi subprogram iaitu Motivasi Kecemerlangan. Seramai 4 orang penceramah dan 7 orang jurulatih telah disediakan oleh pihak CAC Consultant bagi mengendalikan Motivasi Kecemerlangan yang terbesar yang pernah dijalankan oleh mahasiswa KUiTTHO iaitu melibatkan 950 orang pelajar dari 10 buah sekolah menengah dan rendah.

Satu lagi amanah yang telah diberikan oleh pihak Tautan Warisan 2005 kepada CAC Consultant adalah amanah untuk mengendalikan Kursus Fasilitator Tautan Warisan 2005 yang disertai oleh 100 orang mahasiswa KUiTTHO yang menjadi peserta bagi Tautan Warisan 2005.

Selain itu, CAC Consultant merupakan pereka Laman Web bagi Kg. Sega, Rantau, Negeri Sembilan yang telah dilancarkan oleh YAB DATO' SERI UTAMA HJ MOHAMMAD B. HASSAN, Menteri Besar Negeri Sembilan.

sempoi.jpg

KURSUS & LATIHAN YANG PERNAH DI KENDALIKAN

  1. Booster Diri & Team Building, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
  2. Kursus Pengurusan Program, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.
  3. Booster Diri, Maktab Rendah Sains MARA Mersing.
  4. Kursus Protokol & Pengendalian Majlis, Agensi Antidadah Kebangsaan.
  5. Booster Kepimpinan & Team Building, Jawatankuasa Pelajar KAMSIS, Politeknik Sultan Idris Shah.
  6. Seminar Keusahawanan & Rahsia Jutawan Internet, Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau Melaka.
  7. Booster Kerjaya "Persiapan Latihan Industri", Kolej Komuniti Kuantan.
  8. Program Kauseling, Yayasan Telekom Malaysia.
  9. Bengkel Kecemerlangan Ilmu & Pendidikan, Yayasan Pelajaran MARA & Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
  10. Booster Kefasilitatoran & Kejurulatihan, Kelab Pemadam, Universiti Tun Hussein Onn.
  11. Kursus Jualan, Tuah Guard Sdn Bhd.
  12. Customer Service Training, ABL Sdn Bhd. 
  13. The Art of Sales, ABL Sdn Bhd.
  14. Kursus Khidmat Pelanggan, Tuah Guard Sdn Bhd.
  15. Kursus Pemikiran Kreatif Dalam Kerjaya, Jabatan Kerajaan Negeri Johor & Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara.
  16. The Art of Decision Making, Institut Pentadbiran Negara (INTAN) Malaysia.
  17. Kursus Jualan & Khidmat Pelanggan, Pos Malaysia Cawangan Johor.
  18. Kursus Jualan & Khidmat Pelanggan, Pos Malaysia Cawangan Melaka & Negeri Sembilan. 
  19. Super Camp An-Naeem, Masjid An-Naeem Singapura.
  20. Pengurusan Stres, Jabatan Kerajaan Negeri Johor & Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara.
  21. Kursus Penyeliaan Berkesan, Institut Kraftangan Malaysia.
  22. Booster Diri "Masih Ada Waktu", Jabatan Mekanikal, Politeknik Merlimau Melaka.
  23. Booster Sahsiah Diri, Jabatan Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka.
  24. Kem Kepimpinan YPM 2006, Yayasan Pelajaran MARA & Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
  25. Program Individual Development Enhancement (PRIDE), Yayasan Pelajaran MARA, Open University & UniKL.
  26. Booster Kepimpinan, Jabatan Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka.
  27. Kem Kepimpinan YPM 2006, Yayasan Pelajaran MARA & Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
  28. Motivasi Latihan Industri, Kolej Komuniti Kuantan, Pahang.
  29. Motivasi Remaja Berkualiti, LPPKN & Institut Latihan Perindustrian, Johor.
  30. Kursus 'Soft Skill', Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
  31. "Booster Diri Siri 2", Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau Melaka.
  32. "Booster Diri Siri 1", Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau Melaka.
  33. Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform, SK Methodist, Brickfiled, Kuala Lumpur.
  34. Kursus Jatidiri & Kepimpinan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
  35. Seminar Kerjaya, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
  36. Team Building, Karnival Kepimpinan, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Selangor.
  37. "Booster Diri", Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Melaka.
  38. "Sejenak Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah" - Pengurusan Stress, Melaka.
  39. "Sejenak Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah" - Pelajar Cemerlang, Politeknik Merlimau Melaka.
  40. Ekspedisi Gunung Angsi "Program Sihat Tanpa AIDS dan Rokok untuk Remaja, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  41. Kem Kepimpinan, Jabatan Hospitaliti Politeknik Merlimau Melaka.
  42. The Secret of Learning, Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.
  43. Program Fasilitator (PROFAST V), Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, KUiTTHO.
  44. Kem Kepimpinan Pengawas, Sekolah Menengah Mushyi Abdullah, Kulai, Johor.
  45. Kursus Fasilitator & Persediaan Program Tautan Warisan 2005, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
  46. Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah & Rendah Sekitar Mukim Rantau, Negeri Sembilan.
  47. Seminar Motivasi Pelajar, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
  48. Kursus 'Kita Serupa' (Motivasi), Politeknik Merlimau, Melaka.
  49. Kursus Peningkatan Profesionalisma Majlis Perwakilan Pelajar, KUiTTHO.
  50. Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Politeknik Sabak Bernam, Selangor.
  51. Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Politeknik Sabak Bernam, Selangor.
  52. Siri 1 & 2 Program Khidmat Negara (PLKN) – Modul Khidmat Komuniti (Penceramah)
  53. Program Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan 'Tak Nak Merokok' bersama Anak-anak Yatim, Selangor. (Fasilitator)
  54. Program Kefasilitatoran dan Kejurulatihan, Kelab Kaunseling & Kerjaya, KUiTTHO.(PROFAST IV)
  55. Kursus Kepimpinan & Sukarelawan, Kelab Kaunseling & Kerjaya, KUiTTHO.
  56. Kursus Pra-Kepimpinan & Sukarelawan, Kelab Kauseling & Kerjaya, KUiTTHO
  57. Kursus Pengurusan Kelab, Kelab Kauseling & Kerjaya, KUiTTHO
  58. Kursus Fasilitator, Kelab Kejuruteraan Awam, KUiTTHO.
  59. Kursus Fasilitator, Kelab Kejuruteraan Mekanikal, KUiTTHO.
  60. Bengkel Strategi Menghadapi Peperiksaan, Pusat Kaunseling & Pembangunan Pelajar, KUiTTHO. (Fasilitator)
  61. Bengkel Penyelesaian Masalah, Pusat Kaunseling & Pembangunan Pelajar, KUiTTHO. (Fasilitator)
  62. Program Latihan Pelajar Islam Muda (LAPIM), Pusat Islam KUiTTHO.

SENARAI KLIEN CAC CONSULTANT

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

  1. Kelab Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
  2. Jawatankuasa Pelajar KAMSIS, Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. (2 kali)
  3. Kelab Pemadam, Universiti Tun Hussein Onn.
  4. Jabatan Mekanikal, Politeknik Merlimau Melaka.
  5. Universiti Kuala Lumpur.
  6. Kolej Komuniti Kuantan, Pahang. (2 kali)
  7. Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor.
  8. Institut Latihan Perindustrian Muar, Johor.
  9. Institut Latihan Perindustrian Mersing, Johor.
  10. ADTEC Batu Pahat, Johor.
  11. Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.
  12. Universiti Teknologi Malaysia.
  13. Kelab Kaunseling Dan Kerjaya, KUiTTHO (6 kali)
  14. Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau Melaka (2 kali)
  15. Jabatan Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka. (3 kali)
  16. Jabatan Perdagangan, Politeknik Merlimau Melaka. (3 kali)
  17. Unit KAMSIS Politeknik Merlimau Melaka.
  18. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor (2 kali) 
  19. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan (2 kali)
  20. Majlis Perwakilan Pelajar KUiTTHO (2 kali)
  21. Kelab Kejuruteraan Awam, KUiTTHO
  22. Kelab Kejuruteraan Mekanikal, KUiTTHO
  23. Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan

JABATAN KERAJAAN

  1. Agensi Anti Dadah Kebangsaaan Malaysia (AADK).
  2. Institut Kraftangan Malaysia.
  3. Institut Pentadbiran Negara Malaysia (INTAN).
  4. Jabatan Bomba Negeri Johor.
  5. Jabatan Kesihatan Negeri Johor
  6. Majlis Bandaraya Johor Bahru
  7. FELDA, Negeri Johor.
  8. PDRM, Negeri Johor.
  9. Yayasan Pelajaran MARA. (3 kali)
  10. Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  11. Lembaga Pembangunan Penduduk & Keluarga Negara (3 kali)

BADAN KORPORAT

  1. Malakoff Corporation Berhad.
  2. Yayasan Telekom Malaysia.
  3. Tuah Guard Sdn Bhd.
  4. ABL Sdn Bhd.
  5. Pos Malaysia Cawangan Johor.
  6. Pos Malaysia Cawangan Melaka & Negeri Sembilan.

SEKOLAH-SEKOLAH

  1. Maktab Rendah Sains MARA, Mersing.
  2. Masjid An-Naeem Singapura.
  3. Sekolah-sekolah Menengah Daerah Pendang, Kedah. 
  4. Sekolah-sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor.
  5. Sekolah Kebangsaan Methodist, Brickfield, Kuala Lumpur.
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Selangor.
  7. Sekolah Menengah Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.
  8. Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, Kulai, Johor.
  9. Sekolah Menengah Felda Maokil, Segamat, Johor.
  10. Sekolah Menengah & Rendah Sekitar Mukim Rantau, Negeri sembilan.
  11. Sekolah Menengah Teknik Abdul Rahman, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah, Pahang.
  13. Sekolah Menengah Teknik Bota, Perak.
  14. Sekolah Menengah Beruas, Perak.
  15. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Pahang (2 kali)
  16. Sekolah Menengah Teknik Arau, Perlis.
  17. Sekolah Menengah Jengka Pusat 1, Pahang.
  18. Sekolah Menengah Teknik Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka.
  19. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.
  20. Sekolah Menengah Teknik Ampangan, Negeri Sembilan.
  21. Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sungai Buloh.
  22. Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. (2 kali)

posmalaysia_group.jpg

Laman UTAMA | Info KORPORAT | Peneraju UTAMA | Modul BOOSTER | Program TERKINI | MOTIVASI | TAZKIRAH | BERITA | GALERI | KLIEN & PROGRAM | TESTIMONI | Hubungi KAMI

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi CAC Consultant
 
Hakcipta Terpelihara. CAC CONSULTANT.
No 18 Taman Pinggir, 86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor Darul Takzim.
Tel/Fax : 07-7554817 /  012-7629950 / 012-3989494  Email : cacconsultant@yahoo.com