Make your own free website on Tripod.com



cacc1new.jpg

bannerfadzilahkamsah.jpg

:: SEKALUNG BUDI
TERIMA KASIH & TAHNIAH kepada semua peserta Program "Sejenak Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah" - Pengurusan Stress. TERIMA KASIH!! kerana menjayakan program ini dan memberikan kerjasama kepada pihak penganjur. TAHNIAH!! kerana anda semua telah dipilih oleh ALLAH s.w.t untuk berada di taman-taman syurga ALLAH s.w.t iaitu majlis ilmu ini.

bannerbooster1.jpg

CAC CONSULTANT merupakan sebuah syarikat Perunding Motivasi dan Latihan yang telah ditubuhkan untuk memberi khidmat nasihat dalam Pembangunan Individu serta Organisasi dalam melahirkan kualiti kerja yang optima, meningkatkan keupayaan mengurus bagi seseorang individu dalam organisasi dan meningkatkan potensi diri dalam usaha menjayakan matlamat individu dan organisasi melalui perkhidmatan yang profesional, berkesan, menyeluruh dan bersepadu. CAC Consultant menerima jemputan dari semua badan korprat & kerajaan, swasta, NGO, IPTA, IPTS, Sekolah Menengah dan Rendah serta lain-lain badan yang berkaitan. CAC Consultant juga mampu membantu meningkatkan kualiti pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa-mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi.

CAC Consultant juga telah dilantik secara rasmi oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai Subject Matter Expert & Perunding Latihan & Kursus di bawah kelolaan YPM untuk program latihan & kursus di seluruh Malaysia bersama beberapa Perunding Motivasi yang lain. Tanggungjawab ini adalah merangkumi penyediaan modul dan pengendalian program yang dianjurkan.

CAC CONSULTANT mengendalikan latihan dan kursus dengan bertunjalkan konsep BOOSTER yang mana di pecahkan kepada 5 BOOSTER yang utama iaitu :

:: BOOSTER DIRI

Booster Diri ialah satu modul khas untuk pelajar-pelajar untuk meningkatkan motivasi dalaman mereka. Pembentukkan motivasi ini adalah melalui konsep BOOSTER DIRI iaitu para peserta diberi masa untuk mengenal potensi diri mereka dan menggunakan potensi diri tersebut untuk meningkatkan motivasi dan seterusnya mencapai kecemerlangan. KLIK

:: BOOSTER BELAJAR

Booster Belajar adalah modul yang mana memberi penekanan berkaitan Teknik Belajar Berkesan "Smart Learning" dan Teknik Menghadapi Peperiksaan. Modul yang menggunakan pelbagai kaedah pendekatan untuk memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah diberikan. Modul ini juga dapat membentuk para pelajar yang berkeyakinan untuk menempuhi peperiksaan kelak. KLIK

:: BOOSTER SAHSIAH DIRI

Booster Sahsiah Diri ialah satu modul bagi membentuk kemampuan seseorang untuk mengawal hati, akal dan nafsu untuk mencapai misi hidup yang tepat. Dalam modul ini, individu yang dibentuk akan mempunyai kekuatan jiwa, kemantapan fikiran, kestabilan emosi dan kawalan nafsu untuk memiliki sikap dan tabiat yang baik bagi mencapai kejayaan dalam hidup. KLIK

:: BOOSTER KEFASILITATORAN & KEJURULATIHAN

Booster Kefasilitatoran & Kejurulatihan mempunyai 3 elemen utama yang ingin dibentuk dan didedahkan iaitu penekanan di bahagian emosi, fizikal dan intelektual peserta. Ini adalah kerana bagi seseorang fasilitator dan jurulatih kestabilan elemen ini adalah amat penting bagi memastikan fasilitasi yang dikendalikan berjaya mencapai objektifnya. KLIK

:: BOOSTER KEPIMPINAN

Booster Kepimpinan ialah satu modul bagi membentuk individu untuk menjadi pemimpin yang terbilang. Melalui modul ini peserta akan didedahkan dengan konsep BOOSTER KEPIMPINAN yang mana ianya menjadi tunjal dalam kursus ini. KLIK

ytm_group.jpg

Laman UTAMA | Info KORPORAT | Peneraju UTAMA | Modul BOOSTER | Program TERKINI | MOTIVASI | TAZKIRAH | BERITA | GALERI | KLIEN & PROGRAM | TESTIMONI | Hubungi KAMI

MUTIARA KATA
"Is Not What You Say But How You Say"
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi CAC Consultant
 
Hakcipta Terpelihara. CAC CONSULTANT.
No 18 Taman Pinggir, 86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor Darul Takzim.
Tel/Fax : 07-7554817 /  012-7629950 / 012-3989494  Email : cacconsultant@yahoo.com