KUALA PILAH: 2 hingga 4 Disember 2005 - Seramai 170 orang
peserta daripada Politeknik Merlimau Melaka dan Pelajar-pelajar sekolah dari sekitar Gombak, selangor telah menyertai Ekspedisi Gunung Angsi - Program Remaja Sihat Tanpa AIDS dan Rokok (PROSTAR) sempena
Hari AIDS Sedunia.
Program
ini adalah anjuran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dengan kerjasama CAC
CONSULTANT. Program ini adalah program perkhemahan 3 hari 2 malam di Hutan Rekreasi Ulu
Bendul dan pada hari terakhir aktiviti mendaki Gunung Angsi sejauh 30 kilometer.
Pelbagai pengisian telah dijalankan
di dalam program ini bagi memastikan matlamat dan objektif program ini tercapai. Antara pengisian yang di adakan ialah Ceramah "Tak Nak Merokok" dan "Hidup Sihat Tanpa AIDS", Latihan Dalam Kumpulan, Team Building, "Survival", Malam
Kebudayaan, Riadah, dan lain-lain lagi.
Alhamdullillah kerana program
ini berlangsung dengan lancarnya, walaupun ada sedikit kesilapan teknikal semasa berlangsung. Terima kasih kepada semua peserta
kerana telah memberi kerjasama kepada pihak penganjur dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan fasilitator-fasilitator
kerana telah menyumbangkan tenaga dan idea bagi menjayakan program ini.
Diharapkan para peserta dapat
mengaplikasikan apa yang telah diberikan semasa program ini berlangsung. Diharpkan juga, program ini dapat dilanksanakan di
lain-lain masa.