lamanwebcacc3.jpg

web3.jpg

LEMBAGA PENGURUSAN

Sejak tujuh tahun yang lepas tenaga profesional CAC Consultant telah mengendalikan lebih daripada 18,000 orang peserta dalam pelbagai kursus dan latihan untuk Badan-badan kerajaan, Badan Korporat, NGO, Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah-sekolah dalam bidang-bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, etika kerja, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, pengendalian program, konflik dan stres, kefasilitatoran & kejurulatihan, pengucapan awam, teknik belajar, bina pasukan, etika sosial, minda dan pembangunan diri, dan sebagainya.

:: PENGASAS KONSEP BOOSTER CAC CONSULTANT
azimin_perundingutama.jpg
EN MOHD AZIMIN B. HJ CHE WIL
 

Pengasas BOOSTER CAC CONSULTANT ini adalah En. Mohd Azimin B. Che Wil selaku Pakar Runding Utama CAC Consultant. Beliau juga merupakan 'Safety & Health Consultant' dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaaan. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian ini sering dijemput untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang motivasi, komunikasi, kefasilitatoran dan Kejurulatihan, kepimpinan, bina pasukan dan pengurusan organisasi di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga sering menjadi penceramah jemputan di IPTA & IPTS, Politeknik-politeknik, Kolej Komuniti dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia serta pernah terlibat dalam mengendalikan Latihan dan Kursus.

 

En Mohd Azimin B. Che Wil juga merupakan di antara Subject of Matter Expert  Group bagi Yayasan Pelajaran MARA. Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai penggubal modul untuk Program Kepimpinan & Kerja Berpasukan yang dianjurkan oleh YPM.

 

En Mohd Azimin B. Che Wil juga merupakan pengasas MODUL BOOSTER. Modul BOOSTER ini adalah motivasi menggunakan kuasa yang sediada dalam diri dan menambahkan kuasa BOOSTER untuk menambah baik potensi diri yang ada. Sekarang ini beliau telah menjadikan MODUL BOOSTER tersebut sebagai tunjang utama dalam semua jenis latihan dan kursus di bawah kendalian beliau.

 

Selain daripada mengendalikan motivasi dan latihan, beliau juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk "BOOSTER UNTUK FASILITATOR" yang mana buku ini hanya diperolehi oleh klien-klien CAC Consultant yang mengikuti program BOOSTER KEFASILITATORAN & KEJURULATIHAN. Dalam usaha yang TERBARU juga, beliau akan mengeluarkan satu EDISI KHAS MODUL LATIHAN DALAM KUMPULAN yang mana memuatkan pelbagai jenis aktiviti untuk fasilitator gunakan di dalam latihan dalam kumpulan. Insyaalah ianya akan dijual kepada sesiapa yang berminat. KLIK

:: PENASIHAT EKSEKUTIF

                                               EN BAKHTIAR B. IBRAHIM

 

En Bakhtiar B. Ibrahim merupakan Penasihat Eksekutif CAC Consultant. Beliau merupakan individu yang terlibat di dalam bidang latihan dan Pembangunan Sumber Manusia sudah lebih 7 tahun. Beliau kini bertugas di MALAKOFF CORPORATION BERHAD sebagai Pengurus di Bahagian Pembangunan dan Latihan. Sebelum ini beliau pernah bekerja di AMERICAN HOME ASSURANCE COMPANY MALAYSIA dan CENTRE OF RETAIL EXECELLENCE DAIRY FARM GIANT RETAIL SDN BHD sebagai Pengurus di Bahagian Pembangunan dan Latihan.

 

Beliau juga merupakan Penasihat bagi Petronas Malaysia Berhad & FAMA dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia & Latihan. Pada tahun 2006 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Federal of Malaysian Manifucturer (FMM).

 

Beliau pernah terlibat dalam mengendalikan latihan dan kursus serta memberi khidmat nasihat kepada badan-badan korporat dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi berkesan, etika kerja, khidmat pelanggan, kepimpinan, bina pasukan, bina insan dan sebagainya. KLIK

:: PENGARAH URUSAN  & KETUA JURULATIH

EN MOHD HAIDHIR B. MOHD YUSOF 

 

En Mohd Haidhir B Md Yusof, merupakan Pengarah Urusan & Perunding Utama bagi CAC Consultant merangkap Ketua Jurulatih CAC Consultant. Terlibat aktif dalam mengendalikan program-program latihan kejurulatihan dan kefasilitatoran melalui pembinaan siri-siri modul latihan dan sistem latihan yang sistematik dan efektif. Mewakili Malaysia ke Program "ASEAN Workshop For Youth Leadership Training Programme" iaitu program Latihan Kejurulatihan (Training Of Trainers) Peringkat ASEAN.

 

Merupakan aktivis mahasiswa semasa mengikuti pengajian di peringkat IPTA melalui penglibatan sebagai Jurulatih, Penceramah, Fasilitator, Koordinator mahupun Urusetia dalam variasi bentuk program mahupun peserta. Sebagai aktivis masyarakat, beliau banyak melibatkan diri dalam kegiatan kesukarelawanan, kebajikan, pendidikan, keagamaan dan pembangunan komuniti. Pernah terlibat sebagai Penceramah Jemputan  dan Jurulatih Modul Khidmat Komuniti bagi siri-siri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

 

En. Mohd Haidhir B Md Yusof pernah memegang amanah di dalam Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) iaitu pergerakan pelajar peringkat serantau. Naib Presiden (Antarabangsa) dan Naib Presiden (Kebangsaan) untuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan salah satu badan gabungan bagi Majlis Belia Malaysia (MBM). Turut sama membantu kegiatan-kegiatan latihan, kesukarelawanan, penganjuran program anjuran NGO-NGO mahupun agensi kerajaan dan korporat.

 

Pernah menyumbang khidmat di Aceh, Indonesia bagi membantu mangsa tsunami (2003), Yogyakarta, Indonesia (2005) bagi mangsa gempa bumi serta beberapa tempat lain sama ada di dalam dan di luar negara terutamanya dalam Projek Pembangunan Masyarakat dan Program Pendidikan.

 

En Mohd Haidhir juga merupakan pengasas konsep ReBAP3 yang digunakan di dalam Latihan untuk pemimpin dan pengurusan organisasi. ReBAP3 adalah kaedah yang terbaik di dalam memastikan kepimpinan dan pengurusan organisasi mecapai ke tahap optimum.

:: JURULATIH MULTIMEDIA

TUAN HAJI MUHAMMAD KAMAL B. HAJI NORDIN

 

Tuan Haji Muhamad Kamal Bin Nordin, Pengurus Eksekutif di Bahagian Teknikal merangkap Pakar Runding Multimedia dan Jurulatih CAC Consultant. Berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan dan kursus serta memberi khidmat nasihat dalam bidang Motivasi, Komunikasi dan Multimedia, Kejuruteraan Elektrik, Kefasilitatoran dan Kejurulatihan, Penerbitan Grafik Khas, Kepimpinan, serta Pengurusan Pembelajaran untuk  Organisasi Kelab dan Persatuan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn serta pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

 

Tuan Haji Muhamad Kamal Bin Nordin telah mendapat latihan profesional dalam pengurusan dan pengendalian latihan serta kursus kefasilitatoran dan kejurulatihan, serta peningkatan profesionalisma komunikasi berkesan. Terkenal sebagai seorang fasilitator yang kreatif, dinamik, berfikiran positif, menarik dan fleksibel dalam memberi kesedaran serta meningkatkan kemahiran peserta secara berkesan. Berkemahiran tinggi di dalam aspek teknikal serta multimedia di samping telah merekabentuk logo korporat syarikat yang bertemakan keharmonian antara manusia serta teknologi. Merupakan perancang idea utama dari segi penerbitan serta grafik bagi kemudahan klien dan syarikat.

:: JURULATIH MODUL PENGURUSAN ORGANISASI

                                                              CIK NOORHAFIZA BT HJ MAHMUD

 

Cik Noorhafiza Bt. Hj Mahmud  merupakan Pengurus Eksekutif di Bahagian  Pentadbiran merangkap Jurulatih CAC Consultant. Berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan dan kursus serta memberi khidmat nasihat dalam bidang Motivasi, Komunikasi, Kefasilitatoran dan Kejurulatihan, Kepimpinan, Pengurusan dan Pembelajaran untuk  organisasi, kelab dan persatuan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, juga pelajar-pelajar politeknik serta pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

 

Cik Noorhafiza Bt. Hj Mahmud kini bertugas sebagai Pensyarah bagi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah. Beliau terlibat aktif dalam setiap aktiviti pelajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Selain itu beliau turut akttif sebagai juruacara majlis dalam pelbagai majlis rasmi di Jabatan Kerajaan dan Swasta.

 

Beliau juga mempunyai satu karektor yang mudah didekati oleh sesiapa sahaja dan pandai mengolah sesuatu sesi kaunseling dan motivasi untuk lebih menarik minat peserta dalam mencapai  objektif kursus. Selain daripada itu, beliau juga berbakat dalam mendeklamisi puisi dan bacaan sajak. Ini semua terbukti apabila beliau sering mewakili daerah dan negeri dalam Pertandingan Deklamasi Puisi ke peringkat kebangsaan dan pernah dinobatkan sebagai juara.

:: JURULATIH AKTIVITI LUAR & FIZIKAL

                                      EN. MOHD ROMADAN B. HAMZAH

 

En. Mohd Romadan B. Hamzah  merupakan Jurulatih CAC Consultant dan Jurulatih Pakar dalam Modul Aktiviti Luar, Fizikal dan Rekreasi. Berpengalaman luas dalam mengendalikan latihan dan kursus serta memberi khidmat nasihat dalam bidang Motivasi, Komunikasi, Kefasilitatoran dan Kejurulatihan, Kepimpinan, Pengurusan dan Pembelajaran untuk  Organisasi Kelab dan Persatuan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn serta pelajar-pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

 

En Romadan B. Hamzah telah mendapat latihan profesional dalam pengurusan dan pengendalian latihan aktiviti luar dan lasak. Terkenal sebagai seorang Jurulatih yang kreatif, dinamik, berfikiran positif menarik dan fleksibel dalam memberi kesedaran serta meningkatkan kemahiran peserta secara berkesan.

Laman UTAMA | Info KORPORAT | Peneraju UTAMA | Modul BOOSTER | Program TERKINI | MOTIVASI | TAZKIRAH | BERITA | GALERI | KLIEN & PROGRAM | TESTIMONI | Hubungi KAMI

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi CAC Consultant
 
© Hakcipta Terpelihara. CAC CONSULTANT.
No 18 Taman Pinggir, 86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor Darul Takzim.
Tel/Fax : 07-7554817 /  012-7629950 / 012-3989494  Email : cacconsultant@yahoo.com