|
|
|
|
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak
kita ketahui. Cuba
kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan
hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang
beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka
kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati
azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT
NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai
Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan
diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku
dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai
Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah
kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu
kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu
itu untukpertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara
tentang bagaimana untuk memasukinya.
Masjid Tempat Terbaik Didik Anak
ANAK adalah anugerah yang amat berharga daripada Allah kepada
ibu bapa. Mereka adalah faktor termeterainya hubungan kasih mesra yang lebih intim di antara ibu dan bapa. Sebab itu Allah
menjelaskan di dalam banyak ayat menerusi al-Quran yang menggambarkan kegembiraan ibu bapa apabila menimang cahaya mata.
Tanggungjawab
pasangan selepas dikurniakan anak ialah memastikan mereka mendapat 'pentarbiyahan' dan pendidikan serta kasih sayang yang
secukupnya. Mereka perlu memastikan anak dibesarkan melalui teknik pendidikan cara Islam yang sempurna supaya dia tidak menjadi
'fitnah' kepada ibu bapa seperti dalam firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hartamu dan anakmu hanyalah cubaan (bagimu)
dan di sisi Allah pahala yang besar" (Surah At Taghaabun - Ayat 15).
Sikap tidak mengambil berat terhadap usaha 'mentarbiyah'
anak akan menyebabkan ibu bapa turut mendapat saham di atas segala tindak-tanduk anak mereka. Firman Allah bermaksud: "Wahai
orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
ialah malaikat yang kasar, keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan
apa yang diperintahkan" (Surah At Tahrim - Ayat-6). Kewajipan menjaga anak adalah jelas dan ibu bapa yang tidak menjelaskan
hukum halal haram kepada anak akan dihukum oleh Allah.
Ada banyak hadis dan atsar daripada Nabi Muhammad SAW dan sahabat
serta ahli tabi'in yang menjelaskan teknik mendidik anak. Antaranya, sabda Rasullulah: "Didiklah anak kamu bersolat bila mereka
berumur tujuh tahun dan rotanlah mereka jika tidak bersolat bila sudah berumur 10 tahun." (Hadis >riwayat Ahmad, Abu Daud
dll, sanadnya Hasan seperti dalam Misykatul Mosabih).
Prof Dr Muhamad Uqlah di dalam bukunya 'Pendidikan anak dalam
Islam' menjelaskan bahawa masjid adalah sebaik-baik tempat untuk mendidik anak. Menurut ulama, anak yang diajar pergi ke masjid
dibesarkan dengan rasa cinta kepada masjid. Semoga mereka tergolong daripada kalangan insan yang diletakkan di bawah naungan
Allah bersama enam jenis manusia seperti yang disebut di dalam satu hadis sahih. Ibu bapa soleh berharap anak mereka mendekati
masjid supaya mereka cintakan ibadat solat dan saudara Islam serta sentiasa berada di rumah Allah.
Ada beberapa hadis
khusus yang menyebut mengenai kanak-kanak dan masjid sebagai satu ajaran yang berkehendakkan kesejahteraan dan kebaikan umatnya
dari dunia hingga akhirat. Beberapa hadis menghuraikan garis panduan dalam perkara ini, termasuk:
1) Hadis riwayat
Ahmad, Hakim dan Nasa'ei: Nabi Muhammad tidak bangkit daripada sujudnya ketika mengimamkan solat di masjid apabila baginda
ditunggang oleh cucunya. Sahabat menyangka bahawa baginda telah wafat ketika melakukan sujud itu;
2) Hadis riwayat
Ahmad dengan sanad yang sahih: Rasullullah bersabda apabila ditanya mengapa baginda mempercepatkan solatnya? Baginda menjawab,
"Aku terdengar tangisan seorang bayi. Aku rasa ibunya sedang bersolat dengan kita. Jadi aku mempercepatkan solat itu supaya
ibunya dapat memenuhi keperluan anak itu", dan;
3) Hadis riwayat oleh Bukhari dan Muslim: Nabi Muhammad mendukung dan
meletakkan cucu baginda yang bernama Umamah Abi Al-Ash di dalam solat berjemaah bersama sahabat. Mengenai satu hadis yang
bermaksud: "Jauhilah anak kamu dan orang gila dari masjid", ulama hadis seperti Ibnul Jauzi, Al Munziri, Al Busairi, AlHaitami
dan Al Hafiz Ibnu Hajjar Al Asqalani bersepakat mengatakan bahawa hadis berkenaan adalah hadis dhaif yang tidak boleh dijadikan
hujah. Manakala Abdul Haq Al Isybili mengatakan hadis berkenaan 'moudhu'.
Perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar
oleh As Shaukani di dalam >'Al Moqosid Al Hasanah'. Nasirudin Al Albani menjelaskan di dalam bukunya bertajuk 'Sifat Solatin
Nabi dan Al Ajwibah An Nafiah' iaitu menjauhkan anak dari masjid dengan alasan menjaga kesuciannya adalah bidaah. Ini bertentangan
dengan sunah Nabi yang mana baginda amat mengasihi dan menyayangi anak malahan kita mengetahui bagaimana baginda bermain atau
bermesra dengan mereka ketika di masjid dalam hadis lain.
Dari sini jelas kepada kita bahawa larangan membawa anak
ke masjid adalah pendapat yang lemah, malah sesuatu yang bathil dan bertentangan dengan 'Hikmah Tasyri' yang inginkan kita
supaya melatih anak pergi ke masjid untuk bersolat dan mendapat ilmu daripada penceramah selain daripada memperoleh kawan
yang baik.
Harus bagi kanak-kanak untuk berada di dalam saf, tidak kira di saf pertama, kedua atau sebagainya. Tidak
menjadi satu kesalahan seandainya kita meletakkan mereka dengan golongan dewasa sekalipun mereka belum berkhatan. Perkara
ini adalah pendapat yang mu'tabar dalam Mazhab Syafi'iyah seperti yang dijelaskan oleh Prof Dr Wabbah Az Zuhaili di dalam
Al Fiqh Al Islami Wa Adillatuhu (jilid 1 halaman 576). Menurutnya, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan
tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah dan najis lain yang kelihatan.
Sebagai
dalil, Nabi Muhamad telah meletakkan Abdullah Abbas di sebelahnya di dalam solat berjemaah dan baginda tidak pernah menempelak,
menghalau dan menengking anak yang sudah sedia berada di dalam saf, seperti yang kerap berlaku di sesetengah masjid di negara
ini. Lebih menyedihkan lagi ialah sesetengah jemaah (orang dewasa) mencadangkan supaya kanak-kanak ditempatkan di dalam satu
saf berlainan. Apa yang pasti ialah Rasulullah sendiri menggalakkan anak mereka berada bersama ibu bapa atau penjaga supaya
mereka tidak mengganggu solat.
Perkara itu disebutkan dengan jelas oleh Ulama' Hadis seperti Al Manawi di dalam Faidhil
Qadir dan Az Zailaghi di dalam Nasbur Rayah (jilid 2 >halaman 491). Justeru, pendapat yang mengatakan solat menjadi batal
jika disebabkan kehadiran anak yang belum berkhatan di dalam saf adalah pendapat yang keterlaluan malah bathil (La Asla Lahu)
seperti yang diperjelaskan oleh ulama hadis dan ramai ulama fiqh daripada kalangan Fugaha terkenal. Pendapat yang mengatakan
solat batal disebabkan oleh perkara itu seperti yang dikatakan oleh ulama daripada kalangan Hanafiyah dalam "raddul muhtar"
tertolak kerana bertentangan dengan hadis sahih.
Kita perlu mencerna satu kefahaman yang lebih jelas dalam konteks
pengertian berdasarkan al-Quran dan hadis. Jangan kita berterusan mengikut hawa nafsu dan keangkuhan dalam mempertahankan
pendapat yang kita ikuti selama ini. Sudah sampai masanya kita menerima pendapat berdasarkan dalil. Dalam 'Ilmu Tasyri' iaitu
Al Imam As Syafie pernah menyebut "Kalau sahih hadis itu maka itulah mazhabku. Kalau ada pendapatku yang bertentangan dengan
al-Quran dan As Sunnah yang sahih, buanglah pendapatku itu. Mungkin ada yang tidak kuketahui".
Sifat rendah diri yang
pada seorang ilmuan agung seperti Al Imam As Syafie yang sanggup menerima kenyataan dan mengakui kesilapan yang dilakukannya
wajar dicontohi. Renungi firman Allah bermaksud: "Katakanlah Apakah di antara sekutumu ada yang menunjukkan kebenaran? Katakanlah:
Allah yang menunjukkan kebenaran." Maka, apakah orang yang menunjukkan kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang tidak
dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat >demikian?) Bagaimanakah kamu mengambil keputusan"
(Surah Yunus - Ayat >35).
Masalah umat Islam hari ini ialah kegagalan mereka menuruti Islam walaupun sudah diberi
penjelasan dan penerangan mengenainya secara jelas. Ketidakprihatinan terhadap segala perkara kebenaran lantaran tidak mahu
hilang kedudukan adalah satu sikap buruk yang harus dikikis. Pendapat seorang yang bertaraf guru agama, ulama atau seorang
imam boleh diterima pakai tetapi untuk menerima pakai secara menyeluruh sehingga membelakangkan hadis atau menganggap bahawa
pendapat mereka sama dengan hadis, maka ia amat bertentangan dengan garis panduan yang sudah dibuat oleh ulama usul.
Selepas
faham mengenai tuntutan melatih anak ke arah kebaikan yang mana antaranya membawa mereka ke masjid, kita perlu mengambil berat
soal berikut, iaitu:
1) Didik anak menghormati masjid sebagai tempat beribadat. Tidak boleh bising, membawa najis dan
kekotoran;
2) Letakkan mereka di dalam saf (berselang-seli) bersama orang dewasa supaya kita dapat mengawasi mereka
daripada menimbulkan masalah;
3) Menegur anak dengan baik dan jujur jika mereka melakukan kesilapan. Kejadian seorang
Arab Badwi kencing di dalam masjid yang mana Rasulullah tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya menunjukkan betapa baginda
tidak melakukan sesuatu perkara mengikut nafsu. Apa yang lebih penting dan patut dijadikan ikhtibar di dalam perkara ini ialah
Rasulullah tidak bertindak secara terburu-buru, malah menggunakan diplomasi menangani masaalah itu;
4) Bina keyakinan
diri anak dengan melatih mereka supaya bersama orang dewasa di dalam saf. Ini dapat menarik minat mereka untuk bersama-sama
ketika membuat pelbagai kegiatan di masjid;
5) Sediakan infrastruktur yang bersesuaian dengan saiz mereka seperti tempat
berwuduk yang selesa;
6) Sediakan perpustakaan supaya ia dapat menarik minat mereka membaca buku berkaitan dengan unsur
Islam;
7) Adakan program seperti kem motivasi, qiamulail, sukan dan kegiatan berfaedah supaya dapat menarik minat mereka
datang ke masjid.
8) Memberi mereka tugas ringan supaya mereka dapat melatih diri ke arah tanggungjawab dan komitmen
seperti mengemas sejadah, membasuh pinggan mangkuk, menyapu sampah dan tugas lain yang ringan, bersesuaian dengan konsep yang
ingin diterapkan.
Jika nilai murni dapat diterapkan ke dalam diri anak ketika mereka berada di masjid, secara tidak
langsung mereka juga menjadi penyeri dan pengimarah rumah Allah. Pengisian nilai murni di kalangan anak ketika mereka berada
di masjid adalah satu proses permulaan untuk mengekang keutuhan dan perpaduan ummah di negara ini.
MUHASABAH DAN NASIHAT BUAT PELAJAR MUSLIM
Hisablah diri anda sebelum anda dihisabkan.
- Adakah engku telah menunaikan sembahyang? Jika belum, segeralah engkau tunaikannya, takut maut
datang menyerangmu tiba-tiba.
- Berapa waktukah engkau tunaikan sembahyang secara berjemaah? Kerana sesungguhnya Rasulullah
tetap menunaikan sembahyang secara berjemaah walaupun di medan perang, bagaimana pula kalau dalam keadaan aman?
- Adakah sembahyang engkau dipenuhi dengan kekhusyukan? Sesungguhnya telah mendapat kejayaan
orang-orang yang beriman yang khusyuk dalam sembahyang mereka.
- Adakah engkau berlaku baik kepada ibubapamu samada yang masih hidup atau yang telah mati?
- Adakah engkau telah meminta keampunan dari Tuhanmu dengan taubat yang nasuha?
|
|
10 PESANAN RASULULLAH
Ada sepuluh
pesan Rasulullah saw yang mengajarkan kita praktis mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan
yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sadari dengan memanfaatkan titik kelemahan kita . Mari
kita memperhatikan pesan-pesan kenabian tersebut yang tertuang dalam bentuk dialog antara manusia dan setan :
-
Jika
ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya: "Sesengguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan
dariku (putraku) akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".
-
Jika
ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil,
dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".
-
Jika
ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya
:"Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan ( Mukhsinin)".
-
Dan
jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka
ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
-
Dan
jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".
-
Dan
jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima
dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".
-
Dan
jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih
banyak".
-
Dan
jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
-
Dan
jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".
-
Dan
jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah
banyak orang lain yang tertipu olehnya".
|
|
|
|
12 BARISAN DI AKHIRAT
Rasulullah,
tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada
sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18
Mendengar
pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi
12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di
iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang
Maha Pengasih:
"Mereka
itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring
dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka
itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka
berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka
itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring
dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka
itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
BARISAN KELIMA
Diiring
dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman
di Padang Mahsyar.
"Mereka
itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah
SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring
dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka
adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring
dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring
dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka
adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring
dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka
itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Diiring
dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka
adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Diiring
dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka
adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka
diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima
waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika
engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan
Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
|
MALAIKAT MAUT: TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG
BETAPA kerapnya
malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat
tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak
melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu,
tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang
perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki
sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis
Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus
oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Manusia tidak
akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis
Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat
maut.
Meski pun
mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan
mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya
manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan.
Ada
yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan
kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi,
seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara,
laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
Selain itu,
mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS,
demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia
sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas
mereka bertanya, “ sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.
Tidak ramai
manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai,
sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya
sudah tamat.
Sesungguhnya
malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit
sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku
kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal
tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang
tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka
kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimana
pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya
sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana
Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia
yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah
bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga
orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang
masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan
meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan
orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya.
Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih
dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya.
Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia
akan terjerumus ke lembah bahaya itu.
Selain itu,
Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh
Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan
dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari
kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu
juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana
dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang
yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan
bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga
keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya
kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan
terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu,
Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya
diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah
tiba.
Namun pada
hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir
Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas
seperti yang diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimana
pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang
dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi
malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan
bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
Firman Allah
Taala yang bermaksud :
“ Tiap-tiap
umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
( pula ) mempercepatkannya. “ (
Surah Al-A’raf ayat 34 )
PESAN ROH KEPADA MANUSIA
Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu
kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat
maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan,
roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan
kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat
dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar
dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi
Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa
dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana
ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka
juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau
yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang
sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya
bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak
yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar
jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun
kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah
S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat
ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah
S.A.W. lagi: "Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga
orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa
kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah
hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat
maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah
kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri
majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga
ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S .W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu,
tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah
dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar
R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh
itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para
Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para
ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka
yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para
shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para
mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda
Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya":-
1. Orang-orang
yang mati syahid.
2. Orang-orang
yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang
berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk
ingatan kita bersama.
Kalau rajin.
Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
4
GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH PEREMPUAN KE NERAKA
Pertama:-
Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh
anaknya.
Kedua:-
Suaminya
Apabila seorang
suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak
tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:-
Abang-abangnya Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya
sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat:-
Anak Lelakinya Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan
di akhirat kelak ...... nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita
bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang
atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA
IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,
abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T.
dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita
semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak ?????
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga ..... janganlah kita membuang atau
tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA
TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN. Wassalam.
4 PERKARA BERHARGA
Telah
Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud: "Ada empat
perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal,
Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....
1.
Akal boleh hilang disebabkan marah. 2. Agama boleh hilang disebabkan dengki. 3. Malu boleh hilang disebabkan tamak. 4.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi
4 penarikan:
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik
rohnya. 2. Para ahli waris akan menarik hartanya. 3. Ulat akan menarik tubuhnya. 4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai
akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya
amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1.
Memberi maaf pada waktu marah. 2. Suka memberi pada waktu susah. 3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4. Mengatakan
yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang
bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua. 2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang
pernah ditimpa bencana. 3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit. 4. Nilai kehidupan hanya diketahui
oleh orang-orang yang telah mati.
4 PERKARA SEBELUM TIDUR (Tafsir Haqqi)
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para
nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim
meredzai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan
haji dan umrah....
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana
aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur
bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah shalawat
untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredzai kamu.
Dan, perbanyaklah
bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
|
|
|