|
|
|
|
|
|
KHASIAT PELUK ISTERI
PETALING JAYA 16 Julai - Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya
10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta
berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk
kesihatan tubuh.
``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,''
katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga
Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon
endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya,
selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri
juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami
dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan
berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas
beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
ANTARA IQ, EQ, SQ DAN ESQ
Mengikut kajian yang saya sendiri buat,
masyarakat Malaysia umumnya telah menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka.
Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Mengapa saya berkata demikian? Sedangkan kita tahu
ramai rakyat Malaysia telah mengecapi
kekayaan dan kesenangan. "Mengapa mereka perlu merasa kosong, sedangkan mereka boleh dapatkan apa saja?" Ini adalah persoalan-persoalan
yang mungkin akan terkeluar dari mulut anda semua.
Sebenarnya makin kaya seseorang itu,
makin mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Hubungan mereka dengan keluarga makin renggang, hubungan suami
isteri semakin longgar dan yang paling penting hubungan dengan Pencipta kita iaitu Allah s.w.t semakin jauh. Itulah yang dirasai
oleh kebanyakkan daripada kita sekarang ini. Kita sedar akan bencana dan malapetaka yang berlaku disekeliling kita, dan kita
tahu dunia semakin hari semakin menuju ke zaman kemusnahan (Kiamat). Dan kita sedar yang kita perlu bertaubat, tetapi berapa
ramaikah diantara kita yang melalukannya (Taubat). Ini saya peringatkan diri saya juga.
Tidak mustahillah ramai diantara kita
boleh merasakan diri mereka sekarang ini kosong dan tidak bermakna. Oleh kerana demikian, motivasi diri dan motivasi sahsiah
diri diperlukan oleh semua orang. Sebab itu banyak syarikat-syarikat kecil mahupun besar berlumba-lumba untuk menghantar para
pekerjanya ke kursus-kursus motivasi, bina insan, bina pasukan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk mengisi kekosongan
hati para pekerja mereka.
Lebih daripada 10 tahun dahulu kita
telah disogok dengan perlunya IQ (Kecerdasan Minda). Kemudian kita juga diperkenalkan dengan EQ (Kecerdasan Emosi). Ini adalah
kerana apabila kita disogok dengan perlunya IQ, masyarakat telah lupa bahawasanya pentingnya mengurus emosi. Sehinggakan golongan
interlektual dan golongan mempunyai tahap IQ yang tinggi tidak lagi mementingan dan menjaga emosi orang di 0sekitarnya. Oleh
sebab itu, wujudnya EQ. Tetapi kita masih lagi merasakan diri kita tidak lengkap walaupun diri kita telah diperlengkapi dengan
IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi). Ramai yang mengatakan mereka masih lagi memerlukan sesuatu untuk diri mereka.
Sebagai pelengkap hidup ini, satu lagi
elemen telah ditambah untuk memastikan hidup kita tidak lagi kosong. Rupanya selama ini, kita hanya mengejar duniawi tanpa
menyedari bahawa pentingnya kita mengejar akhirat. Kita telah disogokkan dengan IQ (Kecerdasan Minda) dan EQ (Kecerdasan Emosi),
tetapi itu semua bertunjalkan duniawi. Walhal kita tahu akan wujudnya alam akhirat. Oleh itu, sebagai pelengkap dan pengimbang
antara dunia dan akhirat kita telah diperkenalkan dengan SQ (Kecerdasan Spritual). SQ ialah satu elemen yang membawa kita
dekat dengan pencipta kita dan seterusnya memberi kita jaminan untuk kita bahagia di akhirat. SQ telah dianggap elemen yang
menyelamatkan dan mengisi kekosongan yang selama ini dikecapi oleh masyarakat kita hari ini.
Hari ini IQ, EQ dan SQ telah bergabung
dan menjadi ESQ. Iaitu gabungan yang terbaik buat masa ini akan boleh melahirkan mukmin yang sejati. Sebenarnya tanpa disedari
perkara ini telah dijumpai oleh pemikir-pemikir barat dan mereka telah memperkenalkan perkara ini sudah lama, tetapi
kita umat Islam sahaja yang masih mencari-cari perkara ini. Walaupun dalam Al-Quran dan Hadis telah dinyatakan, tetapi
kita seolah-olah tidak sedar akan kewujudannya.
OLEH : EN. MOHD
AZIMIN CHE WIL
40 Kesilapan Mendidik Anak
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat 2. Perhubungan suami isteri
tanpa memperhitungkan mengenai zuriat 3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak 4. Memaki hamun sebagai cara
menegur kesilapan anak-anak 5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak 6. Jarang
bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan 7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan 8. Membeza-bezakan
kasih sayang terhadap anak-anak 9. Kurang melahirkan kasih sayang 10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak 11.
Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah 12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep
keadilan 13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak 14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran
anak-anak 15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak 16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana
suka membaca 17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal 18. Tidak menunjukkan contoh
tauladan yang baik di hadapan anak-anak 19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak 20.
Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak 21. Tidak menggunakan bahasa yang betul 22. Suka
bertengkar di hadapan anak-anak 23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak 24. Tidak membimbing
anak-anak supaya mematuhi syariat 25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak26.
Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak 27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak 28. Tidak
menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak 29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak 30. Tidak
berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak 31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak 32.
Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak 33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak 34.
Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak 36.
Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan 37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak 38.
Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak 39. Tidak tegas mendidik anak-anak 40. Tidak menggalakkan anak-anak
hidup bekerjasama Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996
10 Perkara Dalam Perkahwinan
10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan: Bila wujud perkahwinan, tidak semesti
semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini
ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin. 1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti
kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal.
Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil
tindakan yang bertentangan." 2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai
setiap hari."Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada
masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing
mengucapkan perasaan cinta dan mencintai. 3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami
suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti
teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum
melelapkan mata." 4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan."Saya dan isteri
amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja
SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal." 5. Lazimnya
salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri
akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana
tidak ingin rumahtangga kucar-kacir." 6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda
harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras ,
bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu. 7.
Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk
membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang
penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula. 8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan
tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah.
Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing. 9. Hubungan seks ada turun naiknya.Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.
Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling. 10.
Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu
sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada
menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?
BOOSTER PEMIMPIN - Siri 1
PERSOALAN ASAS SEORANG MANUSIA
SIAPA SAYA?
“Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur),
maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah,
kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar Kami jelaskan pada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki
sampai waktu yang telah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah
kepada kedewasaan, dan di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu
pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya,
hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhlah berbagai-bagai tumbuhan yang indah.
Al – Haj : 5
KENAPA SAYA DIJADIKAN?
Tunduk kepada kuasa Allah serta beriman dan bertakwa kepadaNya.
“Dan (ingatlah aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”
(Adz – Dzaariyaat : 5)
Sebagai PEMIMPIN kepada orang lain.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi’.”
(Al
– Baqarah : 30)
|
|
|
|
BOOSTER BELAJAR - Siri 1
PENGENALAN
Apakah matlamat ke universiti? Bagaimana mendapat keputusan yang
baik? Mengapa anda pelajar yang belajar sedikit tetapi berjaya? Bagaimana hendak mendapat pekerjaan?
SMART Simple, Mesurable,Attainble, Realistic, Tentative
PERSEDIAAN DIRI UNTUK BELAJAR Wujudkan minat untuk belajar.Mulakan dengan yang mudah.Pastikan persediaan fizikal
dan mental yang baik. Displinkan diri untuk terus belajar. Tentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Sediakan jadual
yang sesuai dan praktikal. Pilih tempat yang sesuai. Pilih masa yang sesuai untuk belajar.
MERANCANG MASA DEPAN Senaraikan perkara yang akan dilakukan. Laksanakan mengikut keutamaan. Gunakanmasa terluang
di bilik bacaan. Kerja yang remeh temeh pada pusingan produktiviti yang rendah. Meminimakan gangguan sampingan.
PANDUAN MENGUATKAN DAYA KONSENTRASI SQR/ PQRST
CIRI-CIRI PELAJAR YANG TERKANDAS Tiada jadual belajar. Mengulangkaji pada saat akhir. Anggap television dan
lagu membantu mudahkan pelajaran dan belajar semata-mata untuk peperiksaan.
MUTIARA
HATI Mereka yang berjaya mempunyai teknik belajar yang mudah dan sentiasa melakukan perkara tersebut. rutin belajar,
belajar tahap maksimum, mempunyai nota lengkap, mempunyai matlamat belajar, belajar untuk menimba ilmu
|
BOOSTER DIRI - Siri 1
23
LANGKAH MENUJU KEJAYAAN
Setiap orang sudah pasti menginginkan
kejayaan dalam kehidupan mereka. Justeru itu, kita mesti memanfaatkan potensi kejayaan yang ada dan menigkatkannya dari masa
ke masa. BOOSTER DIRI menunjukkan kepada anda 23 langkah menuju kejayaan.
(1)
Menuju kesihatan yang baik (2) Menggunakan kata-kata baru (3) Daya kosentrasi yang meningkat (4)
Memiliki daya ingatan yang jauh lebih besar (5) Emosi-emosi positif yang baru
(6) Suara dan gaya biacara yang menarik
(7) Menjadi lebih bijaksana di kemudian hari (8)
Perlakukan atasan anda dengan lebih baik (9) Menuju cita-cita
yang lebih baik (10)Kedewasaan sebagai tujuan hidup (11)Kehidupan pernikahan yang lebih
bahagia (12)Menimba lebih banyak hal dari suatu konteks bacaan (13)Selesaikan masalah-masalah yang ada (14)Meningkatkan kebahagiaan (15)Cakerawala
mental yang lebih besar (16)Mulai berfikir dengan jelas (17)Penuh dengan khayal (18)Kegiatan demi kegiatan (19)Menempuh perjalanan tambahan (20)Menjadi orang tua yang baik (21)Ketenteraman
(22)Perkaya hidup anda sekarang (23)Komunikasi yang lebih baik
BOOSTER
DIRI - Siri 2
KEJAYAAN
DIRI
Terdapat 5 faktor penting
dalam menentukan pembangunan dan kejayaan diri seseorang pelajar
1. FAKTOR FIZIKAL
Ø Kesihatan badan Ø Penglihatan dan pendengaran Ø Pancaindera yang lain
2. FAKTOR MENTAL
Ø Memori dalam konteks pembelajaran Ø Makanan yang diambil Ø Bahan-bahan
bacaan
3. FAKTOR SPIRITUAL
Ø Kesedaran
dalam pembangunan diri Ø Kesedaran tentang matlamat & jangkaan Ø Mempunyai prinsip diri kata-kata motivasi Ø
Idola diri
4. FAKTOR EMOSI
Ø Anasir
yang menjejaskan emosi (cinta cyber, chating dsb) Ø Kesunyian dan kerinduan
5. FAKTOR KEMAHIRAN
Ø Kemahiran Konseptual
- secara analitikal (analisis dan sintesis) heli view
- kepekaan dalam pengetahuan dan informasi
Ø Kemahiran Teknikal
- Stragegi merancang akademik yang Berkesan - Teknologi maklumat
- Teknik belajar yang berkesan
Ø Kemahiran Sosial
- Hubungan inter-intra personal - Keupayaan berbahasa Inggeris
- Kemahiran pengucapan awam
BOOSTER DIRI - Siri 3
TIPS TEMUDUGA
1. Berpakaian kemas, rambut rapi dan kalau
boleh cukur misai atau janggut.
2. Duduk dengan tegap dan segak, jangan ke depan sangat atau letak tangan atas meja, jangan
kebelakang sangat atau letak tangan di atas tempat letak tangan kiri kanan (macam bos pula). Tangan di atas peha.
3. Jawab setiap soalan dengan tenang, fikir dulu
apa yang perlu di katakan, biarlah jawapan itu sentiasa positif. Jika ada jawapan yang anda tidak tahu, jawablah dengan jujur.
Katakan "Maaf, saya tidak mempunyai maklumat tentang itu (subjek tersebut)."
4. Jangan usik mana-mana bahagian muka (hidung,
kening, dahi, pipi, dagu), kepala atau nak betul-betulkan baju, lengan, seluar dan sebagainya. Itu tandanya tidak konfiden.
5. Senyum tapi jangan ketawa walaupun orang yg
menemuduga itu gelak. Cukuplah senyum sahaja.
6. Tumpukan perhatian kepada setiap soalan, mata jangan melilau tempat lain. Jangan pandang
atas atau bawah bila ditanya atau bila menjawab. Pandang TEPAT pada mata orang itu.
7. Bawa semua dokumen sokongan, letakkan elok-elok di dalam fail. Bawa dua salinan,
satu untuk anda dan satu untuk penemuduga.
8. Bila tiba pasal gaji, orang akan tanya berapa gaji yang anda mahu? Jawab dengan jujur,
kalau kita rasa ilmu dan kelulusan serta pengalaman kita menepati jawatan itu, sebut sahaja jumlah yang diingin, mungkin dia
akan setuju.
9. Jangan
lambat ke tempat interview, kalau boleh buat peninjauan awal berkaitan jalan dan tempat letak kereta pada malam
sebelumnya.
10. Pastikan dan ingat nama orang yang menemuduga, panggil dengan gelaran yang
betul (Tuan/Puan/Cik/Encik).
11. Jangan merokok sebelum masuk bilik temuduga,
baunya memang sampai pada orang itu.
12. Sebelum selesai sesi interview, orang itu akan tanya: "Ada
apa soalan yang nak ditanya mengenai jawatan/syarikat kami?". Gunakan peluang ini, jangan jawab "Tak
ada apa-apa". Tanya soalan berkaitan seperti: Adakah bonus diberi kepada kakitangan? Ada tak peluang untuk naik pangkat lebih tinggi lagi dalam syarikat? Syarikat ada tak menganjurkan
Family Day/Sports Day atau apa-apa acara yang berkenaan? Ada tak peluang untuk syarikat menghantar saya
ke seminar/latihan/program induksi dan lain-lain? Ini semua menunjukkan minat kita untuk bekerja dengan syarikat tersebut.
BOOSTER DIRI - Siri 4
NASIHAT LULUSAN SPM GRED 3 KEPADA GRADUAN
SAYA mohon maaf. Tulisan ini bukan untuk membangga diri, cuma untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak
kita.
Adik-adik abang yang masih menuntut di Institut Pengajian Tinggi atau pun sudah memiliki ijazah tetapi masih
menganggur mungkin adik-adik termasuk dalam golongan 50,000 graduan tanpa pekerjaan. Di sini abang ingin berkongsi sedikit
pengalaman diri abang.
Abang kini berusia 41 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gred 3 tahun 1980.
Ibu bapa abang bekerja di sawah. Mereka meninggal dunia ketika abang berusia 19 tahun dan tidak juga meninggalkan harta kecuali
anak-anak yang ramai.
Pada waktu itu SPM gred 3 `laku' juga. Ramai kawan-kawan abang yang mendapat pekerjaan seperti
pembantu makmal, posmen dan ada yang memasuki maktab perguruan.
Nasib abang pula sama seperti nasib adik-adik, memohon
pelbagai jawatan tapi gagal. Waktu dulu jangankan nak dapat surat sokongan wakil rakyat, nak dapatkan surat
ketua kampung pun susah. Oleh itu soal pilih kasih ini sudah wujud sejak dulu, bukan hanya sekarang.
Oleh kerana abang
anak sulung, terpaksalah mencari rezeki untuk keluarga di samping adik-beradik. Abang bermula dengan menjaja ais krim di keliling
kampung dan di tempat kenduri kahwin.
Selepas beberapa tahun menjaja ais krim, abang dapat pula peluang berniaga pakaian
di pasar malam. Bermula dengan menggunakan motosikal buruk, kemudian kereta buruk, selepas itu van baru. Kini abang berjaya
menjadi pengedar pakaian kepada peniaga-peniaga lain.
Di samping itu abang juga menjalankan perniagaan kelapa untuk
diedarkan kepada peniaga-peniaga runcit. Hasil keuntungan kedua-dua perniagaan ini akhirnya abang berjaya membeli tanah seluas
12 hektar (30 ekar) dan ditanam dengan kelapa sawit.
Adik-adik, di sini abang ingin nyatakan pendapatan bulanan abang
sekarang. Pendapatan utama abang adalah hasil jualan kelapa 3,000 biji sehari x 20 sen untung setiap biji = RM600 sehari x
30 hari = RM18,000 sebulan.
Pendapatan kedua abang adalah hasil kelapa sawit. Dengan harga sekarang abang mampu mencapai
pendapatan RM10,000 RM12,000 sebulan. Akhirnya pendapatan yang ketiga hasil jualan pakaian antara RM6,000 RM8,000 sebulan.
Jika
dicampur semua pendapatan abang, alhamdulillah pada setiap bulan pendapatan bersih abang antara RM24,000 RM28,000 selepas
ditolak gaji lima orang pekerja tetap dan pekerja sambilan.
Adik-adik,
banyak lagi usaha yang abang lakukan, seperti penanaman nanas Eropah, seluas lima
ekar keuntungannya antara RM135,000 RM170,000 semusim. Tempohnya hanya 10 hingga 12 bulan.
Begitulah adik-beradik abang
yang lain, walaupun bersekolah setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan SPM. Mereka juga mempunyai perniagaan sendiri. Purata
pendapatan bulanan mereka melebihi RM30,000.
Walaupun mereka buta komputer dan bisu bahasa Inggeris, tiap-tiap tahun
mereka melancong ke luar negara. Abang dan adik-beradik yang lain mampu tinggal di rumah besar dan berkereta mewah malahan
isteri kami juga tidak bekerja.
Adik-adik abang yang dikasihi, inilah rahsia perniagaan yang tidak ramai anak-anak
Melayu tahu. Oleh itu nasihat abang tak usahlah adik-adik bermati-matian merebut peluang pekerjaan makan gaji sama ada dengan
kerajaan atau swasta yang hanya menawarkan RM2,000 RM3,000 sebulan.
Tanam cita-cita dan kuatkan azam untuk dapatkan
pendapatan RM60,000 RM70,000 sebulan. Jika di universiti adik-adik mempunyai idea yang banyak, teori yang banyak, tenaga muda
yang kuat, tetapi kenapa apabila adik-adik berada dalam masyarakat, tiba-tiba menjadi letih, lesu dan semuanya minta disuapkan.
Ciptalah
kerja sendiri, seperti anak-anak bukan Melayu, rebutlah peluang perniagaan yang banyak dalam bidang pengangkutan, makanan,
ternakan, pertanian, pelancongan dan lain-lain.
Nasihat abang, jika adik-adik bimbang untuk melibatkan diri dalam perniagaan
secara perseorangan, buatlah secara kumpulan yang melibatkan empat atau lima
orang. Peringkat permulaan buat secara kecilan, tetapi jualan hendaklah secara tunai.
Jangan fikirkan soal kelulusan.
Jika ada kelulusan bidang elektrik, apa salahnya menceburi bidang pertanian. Ingatlah pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk
hidup berjaya orang-orang Melayu mesti berniaga.
ABANG BERJAYA, Teluk Intan, Perak.
|
|
|