lamanwebcacc3.jpg

BOOSTER BELAJAR

PENGENALAN

Sebagai seorang insan sebenarnya kita dilahirkan dalam bentuk yang amat sempurna. Kita dijadikan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian. Insan atau manusia adalah merupakan kemuncak ciptaan Allah. Kita dilahirkan dengan darjat dan martabat yang paling mulia iaitu sebagai insan dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Sebagai makhluk yang terbaik dan sebagai khalifah Allah sememangnya manusia layak mencapai KECEMERLANGAN dalam hidup.

Kecemerlangan hidup sebagai seorang dewasa bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Seorang doktor, jurutera, peguam, peyelidik, saintis dan pengurus yang berjaya bermula dengan menjadi seorang kanak-kanak atau pelajar yang berjaya. Oleh itu bibit-bibit kecemerlangan harus ditanam dan dipupuk dari usia muda lagi. Jika anda ingin mewarisi kecemerlangan, anda perlu menanamkan sifat-sifat yang akan membawa anda ke mercu kejayaan dari sekarang lagi. sekarang bukan masanya untuk anda berpoya-poya dan merugikan masa remaj dengan sia-sia. Sikap yang betul yang dapat membawa anda ke arah kecemerlangan haus dipupuk dengan segera. Manakala sikap buruk yang akan menghalang anda dari mencapai kecemerlangan harus dibenteras dan dibuang dengan segera.     

Bagi mengimbangi aktiviti harian, pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat merancang dengan baik aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan adalah faktor kegagalan mencapai prestasi yang baik dalam pelajaran.  

TENTATIF PROGRAM

Hari
Pertama

10:00am    Pendaftaran Peserta
11:30am    Taklimat Program
12:30pm    Makan Tengahari
                  Solat Zuhur  
  2:00pm    Slot 1 : ICE BREAKING
  4:30pm    Solat Asar & Minum Petang
  5:00pm    Riadah Petang
  6:30pm    Makan Malam & Bersiap
  7:15pm    Solat Maghrib 
                  Kuliah Maghrib
  8:30pm    Solat Isyak
  9:00pm    Slot 2 : BOOSTER DIRI
11:00pm    Minum Malam
11.15pm    Kembara Minda
12.00am    Syahid Seketika 
_________________________________________
    

Hari
Kedua

  5:30am    Solat Subuh
                  Kuliah Subuh 
  6.45am    Fajar Masih Bersinar
  7.45am    Sarapan Pagi
  8.30am    Slot 3 : BOOSTER BELAJAR
10:30am    Kudapan
11:00am    LDK 2 : MIND SETTING 
                               PENGURUSAN MASA 
12:45pm    Makan Tengahari
                  Solat Zuhur  
  2:00pm    LDK 3 : TEKNIK BELAJAR
                               KOMUNIKASI
  4:30pm    Solat Asar & Minum Petang
  5:00pm    Riadah Petang
  6:30pm    Makan Malam & Bersiap
  7:15pm    Solat Maghrib 
                  Kuliah Maghrib
  8:30pm    Solat Isyak
  9:00pm    Slot 4 : TUGASAN
                              PEMBENTANGAN
11:00pm    Minum Malam
11.15pm    Slot 5 : MUHASABAH DIRI
12.00am    Syahid Seketika
_________________________________________

Hari
Ketiga

  5:30am    Solat Subuh
                  Kuliah Subuh 
  6.45am    Fajar Masih Bersinar
  7.45am    Sarapan Pagi
  8.30am    LDK 4 : SECRET WEAPON
10:30am    Kudapan
11:00am    LDK 5 : IKRAR & JANJI 
12:45pm    Majlis Penutup
 1:30pm     Makan Tengahari
                  Solat Zuhur  
  2:00pm    Bersurai

 
SIAPA PATUT HADIR
Pelajar Sekolah Menengah & Rendah
Pelajar IPT
OBJEKTIF PROGRAM
  • Memperkenalkan Motivasi BOOSTER kepada para pelajar.
  • Melahirkan dan membentuk pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat
  • Mendedahkan kepentingan cemerlang dalam peperiksaan
  • Memperkenalkan kaedah belajar yang betul seperti kaedah membuat nota, peta minda dan sebagainya.
  • Mempertingkatkan potensi diri peserta
  • Menanamkan kecintaan kepada Agama

Mengikut kajian yang dibuat sebanyak 80% daripada para pelajar yang ditanya mengaku mereka tidak cemerlang dan sekadar sederhana. Ini adalah satu angka yang amat belajar tentang keyakinan sesorang pelajar terhadap kemampuan mereka untuk cemerlang.

 

Untuk CEMERLANG kita perlu serlahkan kecemerlangan yang telah ada di dalam diri kita. Kerana semua manusia dilahirkan sama hanya diri sendiri yang mengubah untuk berjaya atau tidak. Jadi serlahkanlah kejayaan yang telah ada di dalam diri anda dengan mengunakan konsep BOOSTER DIRI dan BOOSTER BELAJAR.

 

Bila anda mengubah cara berfikir daripada "tidak boleh' kepada "boleh" anda mengubah KEPERCAYAAN anda. Bila anda mengubah kepercayaan anda, anda mengubah HARAPAN dan JANGKAAN anda. Bila anda mengubah harapan dan jangkaan anda, anda mengubah SIKAP anda. Bila anda mengubah sikap anda, anda mengubah TINGKAHLAKU anda. Bila anda mengubah tingkahlaku anda, anda mengubah PRESTASI BELAJAR anda. Bila anda mengubah prestasi belajar anda, anada mengubah PELUANG anda. Bila anda mengubah peluang anda, anda mengubah MASA DEPAN anda daripada "Kecundang" menjadi "CEMERLANG"

SERTAI PROGRAM KAMI
Jika berminat anda bolehlah menghubungi kami untuk membuat tempahan perkhidmatan dan mengetahui lebih lanjut berkaitan BOOSTER BELAJAR.
 
Ibu Pejabat :-
    CAC CONSULTANT
    Tel/Fax : 07-7554817
    H.P : 012-7629950 (Pn. Marlya Dahuri)
            012-3989494
    email : info@cacconsultant.com.my
                    azimincacc@yahoo.com.my
 

boosterdiri.jpg

Laman UTAMA | Info KORPORAT | Peneraju UTAMA | Modul BOOSTER | Program TERKINI | MOTIVASI | TAZKIRAH | BERITA | GALERI | KLIEN & PROGRAM | TESTIMONI | Hubungi KAMI

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi CAC Consultant
 
© Hakcipta Terpelihara. CAC CONSULTANT.
No 18 Taman Pinggir, 86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor Darul Takzim.
Tel/Fax : 07-7554817 /  012-7629950 / 012-3989494  Email : cacconsultant@yahoo.com